Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rombongan Anak-Anak Yatim Panchor Mengkubau Mendekati Sejarah Melalui Lawatan Sambil Belajar

‚Äč


Selasa, 23 Mac 2021 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini menerima rombongan lawatan sambil belajar dari penduduk Kampong Panchor Mengkubau, Mukim Mentiri. Rombongan seramai 40 orang terdiri daripada 32 orang anak-anak yatim dan 8 orang pengiring dewasa diketuai oleh Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Yang Mulia Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim.

Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat oleh Pemangku Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Awang Muhammad Hazwan bin Kampong mengenai fungsi dan peranan Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan kemudiannya mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti tunjuk cara pemeliharaan dokumen yang dikendalikan oleh Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo), takapan batu nisan dikendalikan oleh Unit Epigrafi, demonstrasi penyusunan salasilah dikendalikan oleh Unit Salasilah masing-masing dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi serta demonstrasi seni tulisan khat jawi dikendalikan oleh Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran.

Sebahagian rombongan juga berpeluang mendapatkan ukiran nama masing-masing secara percuma dalam bentuk khat jawi bercorak melalui khidmat penulis jawi khas. Setiap ukiran nama ditulis pada sekeping kertas yang mempunyai informasi mengenai sejarah negara.

Seperti lazimnya rombongan menutup tirai lawatan dengan mengunjungi semua dewan pameran dan dipandu oleh atendan pameran dari Bahagian Pameran dan Perkhidmatan.

Lebih banyak gambar di sini.

Attachments
Created at 3/23/2021 2:13 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/23/2021 2:27 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali