Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Aktiviti Cuti Sekolah Penggal Pertama 2021


15 - 20 Mac 2021 - Bersempena dengan cuti persekolahan penggal pertama tahun 2021 masihi, Pusat Sejarah Brunei turut serta memeriahkan dan menyediakan pelbagai program bermanfaat untuk kanak-kanak dan keluarga.


Aktiviti cuti persekolahan bermula pada hari Isnin, 15 Mac 2021 dan berakhir pada sebelah petang hari Sabtu, 20 Mac 2021.


Pelbagai aktiviti yang telah dirancang agar dapat mengisi masa lapang pelajar secara tidak langsung dapat mendidik mereka mengenai dengan sejarah tanahair.


Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Melukis dan Mewarna. Aktiviti ini diadakan pada sebelah pagi 15 Mac 2021 dan dibukakan untuk orang ramai. Keesokkan harinya pula Pertandingan Tulisan Jawi Tercantik diadakan bagi menguji sejauh mana kreativiti dan keunikan tulisan jawi orang awam terutamanya kanak-kanak.


Selain itu diadakan juga aktiviti Teka Susun Kata dan Perambahan Brunei. Permainan ini bertujuan menguji minda para peserta disamping mengasah pengetahuan mengenai perambahan kitani. Juga memeriahkan acara ialah permainan Mix & Match.


Pada hari terakhir pula acara dimeriahkan dengan acara yang julung kalinya diadakan iaitu History@Treasure Hunt. Sebanyak 10 kumpulan yang masing-masing setiap kumpulan mempunyai tiga peserta mengikuti permainan ini. History@Treasure Hunt ini melatih agar setiap kumpulan sentiasa bekerjasama dengan sesama ahli kumpulan dan bertindak pantas untuk mencari checkpoint yang ditentukan. Pada setiap checkpoint terdapat dua kakitangan yang menyamar menjadi orang awam dan ini mencabar para peserta untuk mengenal pasti siapakah checkpoint person yang harus mereka jumpai bagi mendapatkan akses ke checkpoint seterusnya.


Setiap kumpulan yang dapat mengenal pasti checkpoint person akan menunjukkan senarai checkpoint dan jika tepat mereka akan diberikan beberapa sampul untuk menjawab soalan cabaran. Soalan cabaran adalah berdasarkan panel pameran Pusat Sejarah Brunei mengikut lokasi checkpoint berkenaan. Jika peserta memberikan jawapan yang tepat, mereka akan diberikan penanda biru yang menandakan mereka telah lulus dan diberikan akses untuk ke checkpoint seterusnya. Manakala jika gagal, mereka akan diberikan penanda hitam dan didenda selama tiga minit berdiam diri atau menyahut cabaran seperti bermain skipping atau menyanyi lagu kebangsaan.


Disebelah petang hari terakhir pula diadakan aktiviti rawak yang mana peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei serta orang awam diberikan masa selama 30 minit untuk menyenaraikan dua kata nama khas bagi setiap huruf dari A hingga Z berdasarkan kepada apa yang dipamerkan di ruangan pameran.


Lebih banyak gambar di sini.

Attachments
Created at 3/21/2021 11:30 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/21/2021 11:44 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali