Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Lawatan BIBD ALAF

‚Äč


Khamis, 18 Mac 2021 - Seramai 39 orang penuntut bersama 3 orang pengawas dari BIBD Advocating Life-Long Learning for Aspiring Future (BIBD ALAF) hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei.

Rombongan dialu-alukan dan diberikan taklimat mengenai Fungsi dan Peranan jabatan oleh Pemangku Ketua Unit Lawatan dan Pameran, Awang Mohammad Hazwan bin Kampong.

Bersempena dengan cuti sekolah penggal pertama, rombongan berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antaranya demonstrasi seni penulisan khat jawi, demonstrasi takapan batu nisan, tunjuk cara pemeliharaan dokumen-dokumen terutama yang berupa kertas lama, permainan mix & match, snake & ladder berdasarkan soalan sejarah Brunei, aktiviti menyusun semula nama-nama Sultan Brunei mengikut urutan salasilah dan aktiviti mengenal pasti makam-makam bersejarah.

Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke dewan-dewan pameran dan dipandu oleh atendan pameran.

Attachments
Created at 3/18/2021 12:15 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/18/2021 12:21 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali