Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Sekolah Tangga Gemilang



​Selasa, 09 Mac 2021 - Pusat Sejarah Brunei pagi hari ini menerima rombongan lawatan sambil belajar dari Sekolah Tangga Gemilang. Rombongan seramai lebih kurang 70 orang murid dan tenaga pengajar telah dialu-alukan dan diberikan taklimat mengenai peranan jabatan oleh Ketua Unit Pameran dan Lawatan, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.

Rombongan kemudiannya beredar mengikuti aktiviti demonstrasi seni penulisan khat jawi, penyusunan salasilah, tunjuk cara pemeliharaan dokumen dan aktiviti kuiz sejarah.

Aktiviti rombongan berakhir dengan lawatan ke dewan-dewan pameran Pusat Sejarah Brunei.


 

Attachments
Created at 3/9/2021 12:16 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 3/9/2021 12:23 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali