Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Perasmian Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran 2025

Selasa, 9 September 2025 – Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran menganjurkan Mini Karnival Perpustakaan: Simposium Perpustakaan dan Pameran dengan tema “Melestarikan Khazanah Sejarah, Menjana Ilmu Masa Depan.” Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mini Karnival Perpustakaan tersebut ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, PSB.



Ucapan Alu-Aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua PSB. Manakala ucaptama bagi pembukaan Simposium Perpustakaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua PSB.

Mini Karnival Perpustakaan ini diadakan selama tiga (3) hari bermula Selasa, 9 September hingga Khamis, 11 September 2025. Antara acara menarik sepanjang mini karnival ialah Simposium Perpustakaan dan Pameran; Pameran Koleksi Bahan Perpustakaan; Bengkel Asas Pemeliharaan Rekod; dan jualan buku serta jualan makanan dan minuman.

Lebih banyak gambar di sini.







Attachments
Created at 9/15/2025 1:25 PM by elbisaiful.ali
Last modified at 9/15/2025 1:25 PM by elbisaiful.ali