Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pegawai dan Kakitangan Pusat Sejarah Brunei Terima Pingat Kehormatan


   




‚ÄčTEMBURONG, Rabu, 8 Jun - Seramai 231 penerima, terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Jabatan-jabatan di bawahnya menerima pingat kehormatan.
 
Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Kuliah, Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara, di sini.
 
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Nazmi bin Awang Haji Mohammad.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai, diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Awang Shafrillah bin Haji Ahmad, seterusnya penyampaian pingat-pingat kehormatan.
 
Seramai 119 penerima menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) dan 143 penerima menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L), terdiri daripada kalangan Pegawai dan Kakitangan KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa menghindari Wabak COVID-19 oleh Haji Awang Shafrillah.
 
Pengurniaan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam merupakan satu pengiktirafan dan penyuntik semangat warga KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya untuk terus maju dan cemerlang, demi berbakti dan memberi sumbangan kepada negara.
 
Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Dr. Dayang Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pengarah-pengarah Bahagian dan Jabatan; serta Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.


Laporan dipetik daripada akhbar Pelita Brunei online
Attachments
Created at 6/9/2022 12:24 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 6/9/2022 2:31 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali