Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
Pelancaran Buku Tarsilah Brunei: Wasilah Ketakhtaan Kesultanan Brunei (1659-1828 Masihi) Jilid lll
‚Äč

Selasa, 25 Februari 2020 - Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini melakar sejarah dengan melancarkan buku terbaru bertajuk "Tarsilah Brunei: Wasilah Ketakhtaan Kesultanan Brunei (1659-1828 masihi)" Jilid 3.

Buku ini merupakan tulisan Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.



Majlis pelancaran disempurnakan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pelancaran bertempat di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei.

Yang Mulia Dr Hajah Asiyah Az-Zahra binti Haji Ahmad Kumpoh, Pensyarah Program Sejarah dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam dalam ucapan resensi beliau menyebutkan, buku ini telah menjelaskan dan menghuraikan secara terperinci wasilah atau pertalian ketakhtaan Kesultanan Brunei dari zaman pemerintahan Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar, Sultan Brunei ke-11 pada tahun 1659 sehingga akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad 'Alam, Sultan Brunei ke-22 pada tahun 1828.

Menurutnya buku ini mengandungi beberapa komponen penting yang menjadi teras tema utama seperti gambaran jelas mengenai sistem dan corak pemerintahan Sultan Brunei yang berpaksikan keadilan dan permuafakatan.

Buku ini juga dihasratkan untuk menarik minat generasi muda dan belia untuk turut sama mempelajari dan mengetahui serta mengenang jasa Sultan-Sultan Brunei selaku ketua negara yang telah memberikan 'corak' dan 'warna' kepada negara agar kita dapat sama-sama memelihara dan mempertahankan identiti bangsa dan negara.
Attachments
Created at 2/25/2020 7:18 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 2/25/2020 7:44 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali