Ahad, 06 Oktober 2019 - Pusat Sejarah Brunei telah menerima kunjungan lawatan daripada delegasi Program Pertukaran Pemimpin Muda Brunei-Singapura ke-6 atau lebih dikenali sebagai SBYLEP (Singapore-Brunei Youth Leadership Exchange Programme).
Seramai 30 orang rombongan terdiri daripada 15 orang delegasi dari Negara Brunei Darussalam dan selebihnya dari delegasi Singapura.
Rombongan telah dialu-alukan oleh Ketua Unit Lawatan, Hajah Siti Aisah binti Pungut dan seterusnya melawat ke dewan pameran yang ada termasuk pameran berkala, Pameran Legasi Payung Negara: Inspirasi Masa Depan.
Lawatan ke Pusat Sejarah Brunei merupakan salah satu aktiviti sampingan delegasi program selama 7 hari mereka berada di Negara Brunei Darussalam.