Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pelajar SMALHB Adakan Lawatan Sambil Belajar

Khamis, 27 Oktober 2022 - Seramai 64 orang rombongan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan mengunjungi Pusat Sejarah Brunei untuk menimba pengetahuan mengenai sejarah negara.

Rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Timbalan II Pusat Sejarah Brunei yang juga meruapakan Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Yang Mulia Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh diikuti dengan taklimat Tugas dan Tanggungjawab Pusat Sejarah Brunei yang disampaikan oleh Ketua Unit Lawatan, Yang Mulia Hajah Siti Aisah binti Pungut.

Rombongan kemudiannya berkesempatan mengunjungi galeri pameran jabatan.

  
Lebih banyak gambar di sini

Attachments
Created at 11/15/2022 11:29 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 11/15/2022 11:33 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali