Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Aktiviti Cuti Sekolah Penggal Kedua Tahun 2022



Lebih banyak gambar di sini

​06 - 08 September 2022 - Bersempena dengan cuti persekolahan penggal kedua, Pusat Sejarah Brunei mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan remaja agar masa lapang mereka dimusim percutian ini diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Pelbagai aktiviti diadakan selama tiga hari berturut-turut yang mana diadakan di bangunan Pusat Sejarah Brunei.

Pada pagi hari pertama peserta berkesempatan mengikuti aktiviti Maritah Mewarna Tulisan Jawi disusuli dengan aktiviti Teka dan Padan yang diikuti oleh seramai 17 orang peserta pada sebelah petang.

Pada hari berikutnya, seramai 14 orang peserta telah menyertai aktiviti Tik Tok Sejarah. Aktiviti Apa Kan Tuu? pula menerima sebanyak 15 orang kanak-kanak sebagai peserta.

Dihari terakhir pula, aktiviti Mengalinga Sejarah mengisi program cuti sekolah yang terdiri daripada tiga bentuk kuiz iaitu Kuiz Cerita Bergambar Sejarah Brunei, Kuiz Interaktif Sejarah dan Kuiz Teka & Padan.
Attachments
Created at 10/4/2022 2:30 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/4/2022 2:34 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali