Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pelancaran Buku Terbitan Terbaharu



​Sabtu, 03 September 2022 - Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Penerbitan dan Pemasaran telah melancarkan sembilan buah tajuk buku terbitan terbaharu hasil daripada Peraduan Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei Tahun 2021.

 
 

Pelancaran buku terbitan terbaharu tersebut diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada lapan orang pemenang peraduan berkenaan yang disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei Tahun 2021 ini berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei, Bandar Seri Begawan.


Attachments
Created at 10/3/2022 2:52 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/3/2022 2:52 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali