Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kembara Sejarah ke St George School

Rabu, 24 Ogos 2022 - Sebagai usaha Pusat Sejarah Brunei untuk memasyarakatkan sejarah ke khalayak umum terutamanya generasi muda, pagi hari ini Kembara Sejarah meneruskan lagi langkahnya ke St. George School, Bandar Seri Begawan.

    

Acara dimulai dengan aktiviti berbentuk pendekatan sejarah daripada beberapa bahagian Pusat Sejarah Brunei antaranya Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Bahagian Penerbitan dan Pemasaran, Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Bahagian PenBorneo dan Bahagian Perpustakaan & Pembelajaran.

Program kembara ini juga disajikan dengan taklimat yang bertajuk 'Sultan Bolkiah' yang disampaikan oleh Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah, Pegawai Sejarah Kanan.

Seramai 450 orang penuntut sekolah berkenaan ikut serta dalam aktiviti yang disediakan.


Attachments
Created at 10/1/2022 3:34 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 10/1/2022 3:34 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali