Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam
 
Negara Brunei Darussalam antara negara tua di rantau ini yang mempunyai sejarah yang banyak tetapi belum rapus diketahui dan ditulis kerana kekurangan data atau bahan rujukan utama, terutama dalam period sebelum K.M. XVIII. Namun demikian, tinggalan-tinggalan lama yang lama ada seperti monument, artifak, matawang, dokumen, salasilah, manuskrip dan tradisi lisan sedikit sebanyak telah dapat memberikan informasi dan gambaran masa lalu itu.

Buku Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam ini adalah hasil penyelidikan sejarah Brunei yang diusahakan oleh penulisnya yang dipisi daripada sumber dan informasi yang disebutkan. Jilid pertama cetakan kedua ini merangkumi hasil penemuan daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh penulis sejak tahun 1990. Ia juga telah disunting dan dikemaskinikan, mengandungi hujah-hujah dan kesimpulan yang mungkin berbeza daripada cetakan pertama.

Bab pertama buku ini menghuraikan sejarah awal dan asal usu nama Brunei, kedudukan geografinya serta hubungannya dengan negara-negara persekitarannya. Bab kedua menghuraikan asal usul Raja-Raja Brunei dan hubungan kekeluargaannya dengan Raja-Raja di rantau Alam Melayu. Bab ketiga pula, di samping menghuraikan mengenai kedatangan Islam ke Nusantara dan negeri yang awal menerima kedatangan Islam, juga menghuraikan tentang tarikh awal Brunei menerima Islam dan peranannya dalam penyebaran Islam. Manakala Bab keempat menghuraikan Salasilah Sultan Sharif Ali pancir keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam yang terkenal dengan nama Sultan Berkat dating ke Brunei dan peranan baginda dalam membangun Brunei khususnya dalam pemerintahyan dan penyebaran Islam di Brunei.

Dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan ianya dapat menyingkap dan memperluaskan bidang pengkajian sejarah Brunei bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malahan juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi sejarawan-sejarawan dan pengkaji-pengkaji sejarah dari luar negara yang berminat dalam menyelidik mengenai kesultanan Brunei.