The Government of Brunei Darussalam
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran dan Reprographer
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran
 
 
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu Unit Grafik dan Ilustrasi; Unit Reka Bina (Teknikal); dan Unit Lawatan dan Pameran.

 
1. Unit Reka Bina (Teknikal)
Merancang, menggarap, menyelaras dan menyediakan pameran-pameran dari semasa ke semasa, sama ada Pameran berkala atau pameran tetap dengan kerjasama bahagian-bahagian Jabatan. Bentuk pameran disesuaikan dengan peranan, tujuan dan matlamat.
Merancang, menggarap dan melaksanakan kerja-kerja pertukangan untuk pameran, mendapatkan bahan-bahan dan seterusnya mengolah serta membentuk kehendak bahan pameran.
Bertanggungjawab membuat pembaikan dan pemeliharaan pameran  serta kerosakan dari masa ke semasa.
   
2. Unit Grafik dan Ilustrasi

Menyediakan  rekabentuk dan rekaletak pameran serta grafik, rajah dan ilustrasi yang perlu dalam sesuatu pameran

Membuat rekabentuk, rajah dan ilustrasi buku, jurnal, majalah, risalah dan penerbitan. Selain itu menggarap dan melukis kembali peristiwa-peristiwa sejarah Brunei yang disesuaikan daripada gambar, buku, sejarah lisan, penulisan atau histroriografi yang berkenaan
   
3. Unit Lawatan dan Pameran

Memandu dan memberi penerangan kepada pelawat yang berkunjung ke Balai Pameran. Lawatan berkumpulan secara rasmi dari dalam atau luar negeri diadakan ceramah sebelum dibawa ke Balai Pameran.