The Government of Brunei Darussalam
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran & Reprograper
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran
 
 
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran

Bahagian ini bertanggungjawab mengendalikan kursus dan latihan, perhubungan awam, menyediakan laporan dan membantu menangani hal-ehwal perkembangan jabatan. Bahagian ini juga bertanggungjawab bagi menangani perkara-perkara yang berhubung dengan teknologi maklumat khusunya program e-Kerajaan Jabatan. Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit iaitu Unit Lawatan dan Pembelajaran; Unit Khat Jawi; dan Unit Teknologi Maklumat.

 
1. Unit Lawatan dan Pembelajaran
Bertanggungjawab menyelaras dan mengendalakan kursus-kursus dan latihan-latihan serta urusan-urusan penempatan kerja, ceramah dan lawatan Jabatan
Bertanggungjawab menangani tugas-tugas dan tanggungjawab yang berhubung dengan hal ehwal perhubungan awam Jabatan termasuk TPOR
   
2. Unit Teknologi Maklumat
Menangani urusan-urusan program e-Kerajaan Jabatan
Mengurus dan memelihara perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan peralatan komputer dan audio-visual Jabatan
Mengemaskini Laman Web Rasmi Jabatan
Memberikan latihan-latihan yang berkaitan dengan teknologi makluma
Mengurus dan mengawas sistem TAFIS
   
3. Unit Khat Jawi
Bertanggungjawab menyediakan khat-khat jawi bagi keperluan penerbitan dan pameran
Bertanggugjawab menulis semula manuskrip-manuskrip lama, surat-surat perjanjian dan sebagainya menurut khat tertentu untuk simpanan, penyelidikan dan rujukan
Bertanggungjawab membuat terjemahan yang diperlukan oleh Jabatan, termasuk  menterjemahkan dokumen-dokumen, manuskrip-manuskrip, artikel-artikel dan sumber rujukan sejarah yang lain yang diperlukan untuk penulisan, penerbitan dan pameran