The Government of Brunei Darussalam
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran dan Reprographer
Bahagian Perkembangan dan Pembelajaran
 
 

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi
Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dibahagikan kepada lima unit iaitu Unit Salasilah; Unit Sejarah dan Tokoh Tempatan; Unit Takapan & Pemuliharaan; Unit Institusi & Monumen; dan Unit Dokumentasi

 

1. Unit Salasilah

Mengusahakan penyelidikan, penyusunan, pendokumentasian serta pengkajian salasilah Sultan-Sultan dan Kerabat Diraja, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pembesar-Pembesar Negara, Orang-Orang Bergelar dan Orang-Orang Kenamaan dan Perwira-Perwira dalam Negara Brunei Darussalam, dan hubungan Brunei dengan negara-negara di Alam Melayu

   
2. Unit Sejarah dan Tokoh Tempatan

Menyelidik segala bentuk sejarah lisan mengenai Brunei seperti asal-usul, sosiobudaya, sosioekonomi, pasarana pembangunan, institusi-institusi yang berkaitan dengan aspek persejarahan, dan peristiwa-peristiwa bersejarah di Negara Brunei Darussalam

Mengusahakan penyelidikan pengumpulan dan pendokumentasian mengenai tokoh-biodata tokoh yang terdiri daripada Pembesar-Pembesar Negara dan Orang-Orang Kenamaan di Negara Brunei Darussalam

   
3. Unit Takapan dan Pemuliharaan
Mengusahakan takapan dan salinan (casting) batu-batu nisan atau batu bersurat yang mengandungi maklumat persejarahan.
Membuat penyelidikan, pengumpulan dan pendokumentasian batu-batu nisan atau batu bersurat yang mengandungi kepentingan sejarah untuk pengkajian dan penulisan
   
4. Unit Institusi dan Monumen
Mengusahakan bagi penyelidikan, pengumpulan,  dan pendokumentasian mengenai dengan institusi pengajian tinggi, sekolah, maktab, masjid, surau dan balai ibadat serta institusi lain yang mempunyai kepentingan sejarah
Mengusahakan bagi penyelidikan, pengumpulan, dan pendokumentasian mengenai bangunan-bangunan kerajaan, tugu, jam, jambatan, bekas-bekas penempatan, batu-batu nisan lama, batu bersurat dan monumen-monumen lain yang mempunyai kepentingan sejarah
   
5. Unit Dokumentasi

Membuat penyelarasan bagi pendokumentasian bahan-bahan di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi mengikut kaedah semasa untuk kemudahan penyelidikan dan rujukan