The Government of Brunei Darussalam
Bahagian Pentadbiran & Pengurusan
Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi
Bahagian Penerbitan
Bahagian Sumber
Bahagian Perkhidmatan
Bahagian Penggambaran & Reprograper
Bahagian Perkembangan & Pembelajaran
 
 
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan dan Keselamatan serta Unit Kewangan.
 
1. Unit Pentadbiran

Mengurus, mengendali dan melaksanakan perkara-perkara yang berhubung dengan hal-ehwal pengurusan, pentadbiran dan perhubungan Jabatan.

Mengurus dan menyelia hal-ehwal kakitangan.

Menyediakan rancangan dan sokongan latihan pegawai dan kakitangan.

Mengurus dan mengendalikan hal-ehwal bangunan, pemeliharaan perkakas dan peralatan Jabatan.

   
2. Unit Pengurusan dan Keselamatan
Mengurus dan mengendalikan perhubungan sulit/rahsia dan keselamatan Jabatan
Mengendalikan urusan taip-menaip
   
3. Unit Kewangan
Mengurus dan mengendalikan hal-ehwal kewangan ( urusan pembayaran, pemesanan/pembelian perkakas/peralatan pejabat dan lain-lain yang berkaitan)
Menyediakan peruntukan tahunan, penyata hasil dan perbelanjaan Jabatan
Mengurus dan mengendalikan pembayaran dan urusan yang berkaitan dengan gaji/elaun/tambang pegawai dan kakitangan
Bertanggungjawab dengan urusan dan pengendalian TAFIS