|
 |
 |
 |
|
|
|
Bahagian
Penerbitan
Bahagian ini dibahagikan kepada enam
unit iaitu Unit Pengarang; Unit Penyunting; Unit
Penyemak; Unit Pengeluaran; Unit Pemasaran; dan Unit
Penterjemah. |
1. Unit Pengarang
|
Membuat
dan mengolah semula hasil-hasil perolehan
penyelidikan dalam bentuk esei atau manuskrip
untuk penerbitan |
|
Menulis
rencana atau manuskrip yang berkaitan dengan
sejarah untuk penerbitan |
|
Membuat
pembaikan dan pembetulan ke atas rencana yang
hendak diterbitkan agar segala fakta yang
terdapat di dalam sesebuah rencana itu dapat
dipertanggungjawabkan kesahihannya |
|
Berusaha
mendapatkan bahan-bahan untuk penerbitan Jabatan
seperti sama ada dalam bentuk majalah, jurnal,
buku, risalah (pamphlet) dan seumpamanya |
|
|
2. Unit
Penyunting
|
Bertanggungjawab untuk menyunting
dan menyemak karangan-karangan atau manuskrip
sama ada daripada segi isi, ayat, tatabahasa,
fakta serta susunannya supaya betul, baik dan
bermutu serta terhindar daripada perkara-perkara
yang tidak diingini. |
|
Membuat
pembetulan dan pembaikan terhadap karangan atau
manuskrip supaya bermutu dengan menggunakan
kaedah dan teknik yang betul dan seragam yang
lazim bagi Pusat Sejarah |
|
Bertanggungjawab sebagai
penyelaras terhadap gaya, teknik dan kaedah
penerbitan Jabatan dengan cara menyunting
rencana-rencana dan manuskrip supaya wujud
keseragaman istilah, ejaan, bahasa, terasul dan
seumpamanya yanga berkaitan dengan sistem
penerbitan yang diakuai oleh keadah antarabangsa. |
|
Memastikan
agar penerbitan di Jabatan ini berkualiti dan
selaras dengan adat istiadat dan kebudayaan
Brunei |
|
|
3.
Unit Penyemak
|
Membuat
pembaikan dan pembetulan terhadap karangan atau
manuskrip yang hendak diterbitkan supaya
nilainya baik dan terpelihara terutama daripada
segi keselarasan faktor, istilah, ejaan dan
teknik-teknik yang lazim bagi Pusat Sejarah |
|
Bertanggungjawab
membuat penyemakan terhadap kandungan ‘copy
proof’ karangan atau manuskrip supaya mutunya
terkawal selaras dengan kehendak dan konsep
penerbitan yang baik dan bernilai, di samping
memelihara hak cipta dan cetakan penerbitan
Pusat Sejarah.. |
|
Bertanggungjawab sebagai penyemak
rencana dan manuskrip yang akan diterbitkan agar
segala fakta, ejaan, istilah dan teknik sesebuah
rencana dan manuskrip itu betul dan sahih. |
|
Memastikan agar sesuatu rencana
dan manuskrip yang sudah disettaip adalah
bertepatan dengan kehendak penyunting dan
penerbit.
|
|
|
|
4. Unit
Pengeluaran
|
Bertugas mengendali dan
menyelaras penerbitan buku, jurnal, majalah,
risalah (pamphlet) dan sebagainya, di samping
mengurus hal-ehwal penerbitan Jabatan. |
|
Bertanggungjawab membuat arahan-arahan menaipset
dan menentukan jenis muka taip atau fon bagi
kerja-kerja settaip; seterusnya rekabentuk
(layout) muka surat, gambar, rajah dan ilustrasi
serta aspek-aspek teknikal lain yang berkaitan
dengan penerbitan |
|
Mengusahakan hal-ehwal percetakan
buku-buku terbitan Jabatan, sama ada ke
Percetakan Kerajaan atau percetakan swasta. |
|
|
5. Unit Pemasaran
|
Mengendalikan pengurusan kedai
buku Pusat Sejarah Brunei. |
|
Mengendalikan penjualan bahan-bahan terbitan
Jabatan, sama ada secara tunai atau kiriman |
|
Mengemaskinikan untuk keberkesanan sistem
penjualan bahan-bahan terbitan |
|
Mengawal
stok dan harga bahan-bahan jualan |
|
Bertanggungjawab ke atas semua bahan-bahan
terbitan yang dijual dan hasil kutipan jualan |
|
Bertugas
untuk menjaga dan menjual bahan-bahan terbitan
Jabatan didalam dan luar negara |
|
|
Unit Penterjemahan
|
Membuat terjemahan yang
diperlukan oleh pejabat, termasuk menterjemah
surat-menyurat, dokumen-dokumen,
manuskrip-manuskrip, artikel-artikel dan
seumpamanya yang berguna untuk penyelidikan,
rujukan dan penulisan sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|