1. |
Menyelidik,
mengkaji, menyusun dan mendokumentasi
perolehan penyelidikan daripada segala aspek persejarahan
Brunei, terutama mengenai susur galur keluarga
Diraja dan sejarah Sultan-Sultan
Brunei, Pembesar-Pembesar dan Orang-Orang
Ternama yang Perwira
berlandaskan aspirasi negara supaya penghasilan
bahan-bahan yang didapati daripada usaha ini
berfaedah kepada pengkajian, rujukan dan penerbitan. |
2. |
Mengumpul,
menyimpan dan mengusahakan penemuan semula
bahan-bahan dan rekod-rekod persejarahan Brunei
di dalam dan di luar negara, di samping
mengusahakan penyimpanan bahan-bahan sejarah
secara bersistematik melalui kemudahan
teknologi maklumat (IT) supaya dapat memberikan informasi dan maklumat
yang berfaedah kepada rakyat dan penduduk
negara ini, terutamanya kepada generasi muda yang
dihasratkan agar sentiasa peka dan memahami
akan kepentingan sejarah dalam pembangunan
dan perkembangan negara, bangsa. |
3. |
Menjadikan
hasil perolehan sumber kajian dan penyelidikan
sejarah Brunei sebagai
bahan rujukan untuk penulisan dan penerbitan supaya maklumat dan pengetahuan
yang diperolehi itu dapat disebarluaskan kepada
umum bagi memberi gambaran fakta
yang sebenar mengenai sejarah negara dan bangsa
Brunei agar tidak diselewengkan oleh penulis-penulis
asing. |
4. |
Mengadakan
pameran (visualisasi) persejarahan Brunei dari satu zaman
ke satu zaman supaya mudah difahami dengan jelas isi kandungannya
agar semangat keberuneian yang berbalankan
taat setia dan perasaan kasih sayang kepada
Raja yang telah dipusakai turun-menurun oleh
rakyat dan penduduk Brunei ini akan sentiasa
subur dan kukuh sehingga dapat menimbulkan
rasa kesedaran berbangsa dan bernegara. |
5. |
Segala
kesan persejarahan yang bersangkutan dengan
Brunei akan diselidiki dan dikaji untuk dikumpul
dan didokumentasi supaya maklumat yang didapati itu menggambarkan persejarahan
Brunei
yang sebenar dan tidak dapat diselewengkan
kesahihannya. |