Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat MIB di SMALHB

Gambar: Pelita Brunei


Isnin, 23 November 2020 - Lebih 130 pegawai, guru-guru dan penuntut Pra U1 Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dalam Jurusan Syariah, Usuluddin dan Lughah menghadiri Ceramah Sejarah Melayu Islam Beraja (MIB) yang diadakan di Dewan Al-Azkiya SMALHB pada pagi tadi.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Pegawai Sejarah Kanan, Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh.

Ceramah antara lain menyentuh pengertian konsep MIB, sejarah dan kepentingan konsep MIB dalam kehidupan bernegara.

Ceramah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Pegawai Pelajaran Mata Pelajaran Al-Quran SMALHB, Awang Md. Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad.

Ceramah yang dikendalikan oleh PSB dan dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran 1 dan 2 serta Unit Perkembangan Profesional SMALHB itu bertujuan untuk memberikan maklumat terkini kepada pegawai-pegawai, guru-guru dan pelajar SMALHB tentang sejarah dan konsep MIB serta meningkatkan kesedaran warga SMALHB akan kepentingan pelaksanaan MIB dalam kehidupan seharian sebagai seorang warganegara Brunei dan memberikan kefahaman secara mendalam peranan konsep MIB dalam pelaksanaan jentera pentadbiran kerajaan bagi mendukung Wawasan Brunei 2035.

Hadir pada ceramah tersebut, Timbalan Pengetua Akademik SMALHB, Dayang Hajah Nafisah binti Haji Jali.

Satu pameran juga diadakan yang memaparkan maklumat mengenai sejarah kesultanan Brunei dan sejarah negara. Juga turut dipamerkan adalah buku-buku terbitan PSB dan sudut karya penulisan khat yang menonjolkan karya seni khat yang menarik dan kreatif.

Petikan laporan:
Pelita Brunei


Lebih banyak gambar di sini
Attachments
Created at 11/25/2020 7:04 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 11/25/2020 9:33 AM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali