Selasa, 21 Oktober 2025 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Unit Teknologi Maklumat menganjurkan sesi latihan dua (2) platform baharu kerajaan yang diperkenalkan oleh Pusat E-Kebangsaan, iaitu FormBN dan GoBN.
Seramai tujuh (7) orang pegawai daripada Pusat Sejarah Brunei menghadiri sesi latihan berkenaan yang diadakan di Bilik Latihan JBS, KKBS. Inisiatif ini bertujuan memperkasa penggunaan teknologi digital dalam penyampaian perkhidmatan awam.