Sabtu, 20 September 2025 - Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah diundang untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Pentingnya Warisan Bagi Belia” dalam Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Belait. Taklimat disampaikan oleh Farahaina binti Anchong, Pegawai Sejarah dan Siti Nadhrah binti Norzelan, Pengarang Kanan.
Program berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan. Seramai 41 orang peserta menyertai program tersebut terdiri daripada belia Majlis Perundingan Kampung (MPK), belia Majlis Perundingan Mukim (MPM) serta belia dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).