Rabu, 17 September 2025 - Sesi Berselawat dan Bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam Sepanjang Bulan Rabiulawal 1447 telah diadakan di Bilik Rambut Mulia Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB). Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawahnya.