Isnin, 19 Ogos 2019 - Rombongan Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Ptl Muara Kluster 4 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sejarah Brunei pagi tadi. Rombongan telah diketuai oleh 3 orang tenaga pengajar dan 22 orang murid tahun 4.
Rombongan diberikan taklimat oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan dan kemudiannya mengikuti aktiviti yang telah dikendalikan seperti demonstrasi tulisan khat jawi, teknik pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen, panduan penyusunan salasilah dan takapan batu nisan.
Bagi mendedahkan rombongan tentang sejarah negara, rombongan telah dibawa melawat ke semua galeri jabatan termasuk galeri baharu iaitu Pameran Legasi Payung Negara: Inspirasi Masa Depan.