Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-15
​​

Rabu, 5 Jun 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan menyaksikan pameran "Perkembangan Pembangunan Bandar Brunei sebagai Perbandaran Islam" daripada Pusat Sejarah Brunei sejurus selepas perasmian pembukaan Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-15 (KAIB XV) yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.



Turut sama menyaksikan ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor UNISSA; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Attachments
Created at 6/27/2024 10:26 PM by elbisaiful.ali
Last modified at 6/27/2024 10:31 PM by elbisaiful.ali